baby aiyris

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

My baby Adopt

Lilypie - Personal pictureLilypie Waiting to Adopt tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, 15 October 2013

Cara2 tukar nama anak bawah 1 tahun..

Salam...

Arini aku nak citer ckit pasal kes tukar nama anak yg blm cukup setahun ni...rupa2nya kita blh tukar nama anak if kita rasa xsesuai selagi baby tu blm berusia genap setahun...Caranya xdela susah mana pun janji baby tu mmg xcukup setahun lg...

Baru2 ni Fa pegila JPN Putrajaya coz nak tukar nama baby punya pasal...memandangkan umurnya pon blm cukup setahun so better buat cpt2...sbb diorg kata if baby dah cukup setahun prosedurnya susah ckit n melambatkan...

Punca yang kitorg hus n wife nak tukar nama ialah kerana kompius nama Firash ni utk baby girl or baby boy...padahal kalu ikutkan kitorg mmg dah serasi dah dgn baby kitorg panggil Firash...bukan apa setiap kali kitorg kenalkan kat mbr opis xkiralah mbr hus or mbr den mesti diorg compius n mulala cakap eh, bukan ker nama firash tu lelaki...eh, bunyinya mcm nama boboi jea...eh, mcm lelakila nama dia....ha, ko agak2 stress x mak bapak dia nak menjawab...itu blm anak aku lg menjawab soalan kawan2 dia bila dah start school nnt...hahahha....aku n hus dengan tenang hati jawabla wei...xdela, baby girl pon blh pakai....ada mbr kitorg ank pompuan pun letak nama firash gak...letih nak menjawab ko tau...ank xsampai setahun lg tp mak bapak dah start stress...kalu ank aku dah besar agak terus super duper stress...hahhahah...

So, akhirnya setelah perbincangan dibuat kitorg pon decide utk memilah nama lain tp Firash dikekalkan sbb ank kitorg dah serasi dgn nama tue...xde prob pon korg...Cuma nama dia dalam surat beranak ialah ' Firashaiyra Ihdina Binti Mohd Fadzli '...hehe...yg bermaksud 'Firash = Bijaksana , Haiyra = nama nabi n rasul , dan Ihdina = Petunjuk kebenaran... Itula akhirya setelah mak bapak pening cari nama ank ..padahal ank baru sorg...

Eh lupa lak nak citer procedure tukar nama kat JPN...Okla, stop citer yg tue, meh den citer cara nak buat...

Mula2 korang kena amik borang tukar/ pembetulan nama di aras 3 JPN Putrajaya...xtually mana2 JPN pon korg blh buat...
Sebelum isi borang tu korg kena sediakan Sijil Beranak asal n salinan,
Salinan IC mak bapak setiap sorg,
Salinan sijil nikah mak bapah or salinan kad kawin pon blh...
Pastu if anak ada or dah buat siap2 insurans/ akaun bank/ sspn/ pasport sila bawa salinan utk pengesahan pertukaran...yg tu penting tau...kang korang emergency xpasal2 xblh guna coz data nama ank dah berubah...
Last skali bila korang dah ada semua dokumen tue n dah isi borang blhla ke bahagian Pesuruh Jaya Sumpah utk angkat sumpah borang pertukaran nama ank. Kalu xsilap diorg caj rm4....
Dah setle buat surat sumpah korang blhla terus anta borang td dgn dokumen2 n salinan photostat ke kaunter JPN....
Diorg akan amik blk tau sijil kelahiran yg asal sbb diorg nak keluarkan yg baru...so sediakanlah rm10 utk sijil kelahiran baru n rm2 utk proses pertukaran nama...so total baru rm12...hehehe...selesai. sudah...so tunggulah diorg panggil bila dah siap nanti...slmt berurusan dgn JPN...hehehe...

Tp den aritu kejap jea buat sbb kebetulan ada mbr yg keje kat JPN..so smua borang yg dah complete serah kat dia jea...lbh kitorg g JPN dalam kul 11 pagi n lbh kurang dalam kul 12.30 tghari smuanya siap sudah....tahnks alot to my frnz Huda Hamid JPN...jasa baik mu tetap ku kenangsampai bila2....hihiii...

Tapi kalu korang xphm step yang aku citer kat, kat bawah ni  prosedur dia lg teratur...so mesti korg lg phm kan...hehehe selamat mencuba...


PERMOHONAN PEMBETULAN MAKLUMAT SEKSYEN 15 (1) DALAM SIJIL KELAHIRAN BAGI PENGUBAHAN NAMA KANAK-KANAK BERUMUR DI BAWAH (1) TAHUN (SEMENANJUNG MALAYSIA)

PENERANGAN PERMOHONAN
Permohonan mengubah nama kanak-kanak yang telah didaftarkan hanya boleh dibuat dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh kelahiran kanak-kanak.

SYARAT PERMOHONAN
1.        Ibu atau bapa kandung kanak-kanak;
2.        Penjaga kanak-kanak yang sah;

PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon dikehendaki hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara di seluruh Semenanjung Malaysia dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan. 

DOKUMEN YANG PERLU DIKEMUKAKAN (ASAL DAN SALINAN)
DOKUMEN KANAK-KANAK (ASAL DAN SALINAN)
1.        Borang JPN.LM21 yang lengkap;
2.        Surat Akuan Sumpah JPN.LM22  dan JPN LM07.
3.        Borang Maklumat Keluarga BMK81 dan BMK81A;
4.        Borang MyKid;
5.        Sijil Kelahiran kanak-kanak (asal dan salinan);
6.        Surat Kebenaran Penjagaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika permohonan dibuat oleh penjaga kanak-kanak) (asal dan salinan);
7.        Pasport atau dokumen insurans atau buku bank kanak-kanak sekiranya kanak-kanak telah mempunyai pasport atau akaun bank atau insurans (asal dan salinan);

DOKUMEN IBU DAN BAPA (ASAL DAN SALINAN)
1.        Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan);
2.        Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung kanak-kanak yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan;

BAYARAN
1.        Bayaran pendaftaran permohonan RM2.00
2.        Bayaran kelulusan permohonan RM 5.00
3.        Bayaran cabutan Sijil Kelahiran RM 5.00

Dikemaskini pada 28 Mei 2013
Sumber JPN

35 comments:

  1. Memang kedua2 parents kena datang atau salah seorang je?

    ReplyDelete
  2. Salam, Borang BMK 81 & BMK 81A pun wajib isi ke?

    ReplyDelete
  3. Salam... Surat akuan sumpah tu... Kalau pergi mana mana pesuruhjaya sumpah ok ke.... Ke kene pergi yg kat pejabat pendaftaran tu je

    ReplyDelete
  4. Nak tanya nama anak , akan letak yang baru atau ada nama baru sekali dengan nama anak yang lama. Mcm letak @

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tukar baru pun blh...nak gabung pun blh..semuanya terpulang..cuma mesti ada sbb kenapa nak tukar coz kat borang nnt diorg tanya knp nak tukar nama?apa alasan tukar nama?...so standbylah reason apa nnt yea...

      Delete
    2. Puan antara sebab yg jpn terima utk tukar nama anak apa ye? Mmg semua ke jpn akan consider? Sbb nama anak sy ni macam x sesuai, umur dia 2 bulan

      Delete
    3. Puan antara sebab yg jpn terima utk tukar nama anak apa ye? Mmg semua ke jpn akan consider? Sbb nama anak sy ni macam x sesuai, umur dia 2 bulan

      Delete
  5. Salam, semlm sy call jpn dia kata kena ada surat dr jab agama islam utk tukar nama. Tp sy tgk prosedur awak buat je, x leceh pun. Betul ke ambil surat dulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam marsita..
      anak dah cukup setahun ke blm..? JPN mana awak call ek? time Fa buat xde pun diorg mintak surat dr jab agama...pelik tue....

      Delete
  6. Dia ada bagi sijil lahir sementara ke? Sebab saya dah belikan tiket balik sabah.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.. kalau nak tukar nama angkat sy cane ek.. mak kandung dah sain surat akuan sumpah serahan hak. kena bawa mak kandung jugak ke atau x perlu..? Nak sgt tau..

    ReplyDelete
  8. Kalu umu dah lebih dari setahun agak2 boleh tukar lg tak..?

    ReplyDelete
  9. klu nk tmbh nama ank nik kt depan tu mcm mana ye..susah ke prosuder nya

    ReplyDelete
  10. Salam...nk tnya ble x ambk blik bla dah tukar nama ank kat jpn..nk tunda dlu tukar nama tu sbb nk jln jauh g bcuti....hrap dpat jwapan cpt.. tq..

    ReplyDelete
  11. Kalau nak tukar nama bapa anak tiri adakah cara dia sama saja ke tak?
    Sebelum berkhawin istri saya dah mempunyi 1 anak perempuan(anak dia dengan yang dulu tapi dah pisah hampir 4tahun sekarang)
    Harap boleh tolong..

    ReplyDelete
  12. tumpang tnya, klw anak dh setahun 15 hari prosedur dia mcm mna pulak?

    ReplyDelete
  13. Salam sis.. Boleh tau makna firas dgn firash sama ke sis?

    ReplyDelete
  14. Salam sis.. Boleh tau makna firas dgn firash sama ke sis?

    ReplyDelete
  15. kalau anak dah umur 12 tahun ble lg ke sis?

    ReplyDelete
  16. nak tnya wajib buat procedure ni dkt jpn putrajaya shj ke? xbole pegi jpn tempat kita?

    ReplyDelete
  17. Hai sis, kalau anak dh brumur 2 tahun masih dpat tukar nma x?

    ReplyDelete
  18. Blh ke anak dah 6thun dan 3 thun tukar nama?

    ReplyDelete
  19. Anak sy bulan 10 ni dah 2tahun.. baru taw boleh pula tukar nama anak ni lagi.. sy nk tukar nama anak sy juga.. bole lagi ke..

    ReplyDelete
  20. Kalu umur anak lebih setahun...mcm mn pula prosedurnya ye...

    ReplyDelete
  21. Hi sis borang BMK81 dan BML81A tu kena masukkan maklumat ank kita or maklumat adik beradik ibu or bp pemohon.?

    ReplyDelete
  22. Dah lebih setahun camane ye

    ReplyDelete
  23. Jika anak Dan umur tiga tahun Dan Kami ingin tambah satu Lagi huruf dengan namanya dalam Surat beranak.
    boleh tak

    ReplyDelete
  24. Baru tanya kat JPN aritu...prosedur skrg leceh sikit...kena ade dokumen sokongan menyatakan kenapa nak tukar nama...pastu kena ade salinan surat beranak/mykid adik beradik lain..siap nak gambar pasport bagai...macam tak nak bagi tukar je...huhu

    ReplyDelete
  25. salam.. nak tanya masih boleh diuruskan ke atau bagaimana nak buat penukaran nama ayah.. maksudnya anak saya berbin kan abdullah.. sekarang anak saya dah umur 1 tahun 7 bulan.. soalnya tarikh kelahiran baby january 2018 tarikh keluar surat nikah tu mei 2019.. boleh kongsi pendapat tak..

    ReplyDelete
  26. Hi. Sorry ganggu ye. I dh call jpn daerah i , diorg ckp nak proceed nama ni lama memakan bulan 3-6 months. I dh nk smbung di oversea dh, situasi kita sama tapi ada beza sikit. Sbb nama i ada meaning binatang buas. Boleh tak kalau i dh proceed all the document to jpn area i, and then call the jpn putrajaya untuk percepatkan pertukaran nama? I siap buat surat untuk sokongan drpd Jabatan Agama Islam. I hope u still active with this blogger yea!

    ReplyDelete