baby aiyris

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

My baby Adopt

Lilypie - Personal pictureLilypie Waiting to Adopt tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 27 January 2014

Kronologi bersalin



Pantang bersalin, apa maksud pantang bersalin?
Pantang bersalin untuk masyarakat Melayu biasanya dalam 44 hari. Ada juga yang lanjutkan sehingga ke 100 hari. Jadi selama 44 hari atau 100 hari ini, apa perlu dibuat atau pantang larangnya?
Dalam tempoh ini, ada amalan yang biasa dibuat seperti berurut, bertungku, berbengkung, berlulur, mandi herba dan bertangas. Semasa tempoh ini juga pemakanan perlu dijaga agar cepat pulih. Amalan ini banyaknya memberi manfaat kepada ibu, asalkan dibuat dengan cara yang betul.
Solat dan puasa, selagi darah nifas masih belum kering tidak boleh dilakukan. Jika darah nifas kering pada hari ke 30, sudah boleh mula solat dan berpuasa. Jika darah nifas sehingga 60 hari, maknanya selepas 60 hari baru boleh mula solat atau berpuasa. Ini tidak termasuk dalam pantang 44 hari atau 100 hari. Perlu ikut hukum.

Bersama suami? Mengikut Islam, darah sudah kering sudah boleh bersama. Namun dalam amalan berpantang Melayu digalakan tidak bersama sehingga 44 hari atau sehingga 100 hari tersebut. Jadi terserah pada individu.

Amalan makanan semasa berpantang

Apa yang penting, maksud sebenar berpantang ini difahami. Pantang adalah untuk menjaga kesihatan agar badan cepat pulih. Makanan semasa berpantang, makan secara seimbang. Amalan yang memudaratkan seperti makan nasi dan ikan kering setiap hari amat tidak sesuai. Badan mungkin cepat kurus, tetapi secara dalaman akan ambil masa untuk sihat.
Mengapa ada pantang larang tentang makanan yang tidak sesuai? Ini kerana setiap individu berbeza. Ada individu makan sesuatu makanan, menyebabkan alahan sedangkan individu lain tiada masalah. Ikut kepada diri sendiri. Jika rasa sesuai teruskan. Jika ada masalah hentikan. Cuba dalam kuantiti yang sedikit.
Namun makanan laut seperti udang, sotong, kerang, ikan pari atau ikan cencaru tidak sesuai untuk ibu dalam pantang.
Makanan yang sihat adalah makanan kurang minyak dan tidak pedas. Kerana itu biasanya makanan ibu dalam pantang dibakar atau direbus.
Amalan dalam pantang bersalin, melarang minum air terlalu banyak dalam satu masa. Minum sedikit demi sedikit dengan sukatan ½ ke 1 cawan sekali minum.
Minum terlalu banyak sekali minum, terutama minum air sejuk boleh menyebabkan urat kembang dan melambatkan pengecutan rahim, faraj mudah longgar dan menyebabkan perut buncit. Minuman sejuk, bergas atau tajam perlu dielak untuk menjauhkan dari masalah sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi, iaitu penyakit artritis dan reumatisme.

Faktor mempengaruhi proses bersalin

Tiga komponen yang terlibat ketika proses bersalin adalah laluan, bayi dan kuasa untuk mengeluarkannya. Ketiga-tiga ini akan menentukan proses bersalin berjalan lancar atau tidak.
1. Laluan
Kebanyakan pelvis wanita berbentuk bulat dan nipis, memudahkan bayi dilahirkan. Pelvis yang kecil, tidak normal atau ada tumor seperti fibroid akan menghalang laluan ini menyukarkan proses bersalin melalui vaginal.
2. Bayi
Bayi yang terlalu besar atau kedudukan muka dan badan dalam kedudukan tidak sesuai, menyukarkan proses bersalin. Kedudukan muka bayi ketika ini patut dalam posisi menunduk dan rapat ke dada.
3. Kuasa
Ini merujuk kepada kontraksi rahim dan pelembutan pada serviks. Kontraksi yang lemah dan tidak teratur atau serviks yang tidak melembut, melambatkan proses pembesaran bukaan serviks. Ketakutan juga mungkin menjadi punca kontraksi yang tidak teratur ini.
Dalam proses bersalin ini, kontraksi ini dikawal oleh hormon oxytocin yang dilepas ke aliran darah. Untuk mempercepatkan proses ini, tambahan oxytocin diberikan kepada ibu melalui air yang disalurkan ke aliran darah melalui drip. Drip oxytocin ini bertujuan memendekkan lagi tempoh bersalin.

Mandi wajib selepas bersalin

Terdapat dua mandi wajib selepas bersalin iaitu mandi wajib wiladah dan mandi wajib selepas darah nifas kering. Ramai keliru tentang mandi wajib ini.
Mandi wajib Wiladah
Selepas bersalin, perlu mandi wajib Wiladah. Mandi wajib ini adalah mandi kerana melahirkan anak.
Mandi wajib ketika kering dari darah nifas.
Darah kotor yang keluar selepas bersalin. Darah daripada rahim perempuan yang keguguran anak juga dipanggil darah nifas. Tempoh sekurang-kurangnya sekejab dan paling lama 60 hari.
Perkara yang haram dilakukan ketika nifas
- Solat
- Membaca, menyentuh dan membawa al-Quran
- Bersetubuh
- Puasa
- Iktikaf iaitu berhenti dalam masjid
- Tawaf
Rukun mandi wajib
- Niat
- Membasuh serta meratakan air ke seluruh anggota badan


Episiotomi

Episiotomi adalah potongan surgikal yang dibuat sebelum bersalin disekitar kawasan otot di antara vagina dan anus (kawasan ini dipanggil perineum) untuk membesarkan pembukaan vaginal anda ketika bersalin. Doktor akan memotong untuk mempercepatkan bersalin dan mengelakan vagina daripada terkoyak, terutama semasa bersalin vaginal kali pertama.  Ramai pakar percaya luka episiotomi lebih cepat sembuh berbanding luka terkoyak sendiri. Tetapi banyak kajian sejak 20 tahun kebelakangan ini tidak bersetuju dengan teori ini dan ramai pakar kini bersetuju prosedur ini tidak dijadikan sebagai rutin.
Kajian menunjukkan wanita yang mengalami koyakan dengan sendiri sembuh sama atau kurang dan biasanya kurang masalah komplikasi berbanding dengan episiotomi. Wanita yang menjalani episiotomi lebih mudah mengalami kehilangan darah ketika bersalin, lebih sakit ketika dalam proses penyembuhan dan menunggu lebih lama untuk mengadakan hubungan kelamin dengan selesa.
Wanita yang menjalani episiotomi juga lebih banyak  berakhir dengan masalah terkoyak yang serius sehingga ke anal sphincter atau sehingga ke rectum (dikenali sebagai tahap ke 3 atau ke 4 koyakan) berbanding mereka yang bersalin tanpa potongan. Koyakan yang serius ini menyebabkan lebih kesakitan perneal selepas kelahiran, memerlukan tempoh penyembuhan yang lebih panjang dan berkemungkinan memberi kesan kepada kekuatan oto-otot lantai pelvik. Dan koyakan yang merosakkan anal sphincter meningkatkan risiko kelemahan kawalan pada anal – masalah mengawal pergerakan usus dan angin.
Dalam situasi tertentu episiotomi adalah perlu untuk anda dan bayi anda:
  • Jika jantung bayi adalah lemah dan tidak dapat bertahan saat akhir bersalin dan perlu dilahirkan dengan segera
  •  Jika bayi anda terlalu besar dan memerlukan lebih ruang untuk bayi keluar
  •  Jika memerlukan sedikit ruang untuk menggunakan forcep bagi membolehkan bayi keluar
  •  Jika tisu anda mula berdarah atau seperti akan koyak di beberapa tempat apabila kepala bayi anda mula keluar. Tujuannya adalah untuk mengelakkan koyakan lebih dari 1 tempat.
Bagaimana untuk mengelak menjalani episiotomi yang tidak perlu?
Berbincang dengan doktor anda lebih dahulu mengenai perasaan anda mengenai prosedur ini. Bertanya berapa kerap dan dalam keadaan apakah perlu menjalani episiotomi dan bagaimana doktor anda boleh membantu mengelakkan koyakan.
Bagaimana episiotomi dijalankan
Jika doktor anda perlu melakukan episiotomi, dia akan memberi suntikan dan menggunakan gunting pembedahan untuk membuat guntingan kecil pada perineum anda. (Kadang-kadang, jika perineum anda telah kebas dan menipis akibat tekanan kepala bayi, episiotomi dibuat tanpa perlu ubatan. Ini dipanggil episiotomi tekanan).Selepas itu anda akan diberi sekali lagi suntikan untuk memastikan anda kebas sebelum doktor menjahit potongan itu.
Bagaimana cara penyembuhan?
Jika anda menjalani episiotomi (atau koyakan) anda akan dijahit dikawasan yang lembut dan memerlukan tempoh untuk sembuh. (Jahitan itu akan tertanggal sendiri dalam beberapa minggu selepas bersalin dan tidak perlu ditanggalkan.) Setengah wanita mengalami ketidakselesaan untuk sebulan atau lebih, terutama mereka yang mengalami tahap ke 3 atau ke 4 koyakan. Gunakan pek ais  pada kawasan perineal dengan segera selepas bersalin dan bersela-sela selama 12 jam supaya kawasan itu kebas dan mengelakkan atau mengurangkan bengkak.
Bilakah boleh mengadakan hubungan kelamin semula?
Perineum anda akan sembuh sepenuhnya dalam masa 4 ke 6 minggu selepas bersalin, jika doktor anda mengatakan anda telah sembuh anda boleh mencuba selepas tempoh ini. Anda mungkin berasa sedikit ketidakselesaan dan ketegangan. Bertenang sebanyak mungkin dan gunakan pelincir larutan air (water solution) yang baik untuk membantu hubungan kelamin yang lebih selesa. Ini juga akan lebih membantu jika anda menyusu badan, kerana laktasi akan merendahkan paras estrogen yang mengurangkan jumlah pelincir yang dihasilkan oleh vagina anda. Ramai wanita terus mengunakan pelincir ketika hubungan kelamin sehingga berhenti memberi susu badan.

Berpeluh ketika pantang

Anda berpeluh ketika pantang tanpa berhenti, apakah yang telah terjadi?
Ia adalah perkara biasa untuk berpeluh ketika pantang dengan banyak dalam beberapa minggu, terutama pada waktu malam. Berpeluh adalah satu cara badan anda membuang air berlebihan yang tersimpan ketika mengandung.
Ginjal anda bertanggungjawab kepada kebanyakan pembuangan, iaitu bermakna anda akan kerap membuang air kencing dari biasa dalam 1 minggu pertama bersalin. Tetapi puri anda juga juga bekerja keras untuk mengeluarkan air yang berlebihan. Tekanan emosi ibu-ibu yang baru juga mungkin boleh menyebabkan anda berpeluh dengan banyak. Dan kemungkinan penurunan estrogen yang mendadak selepas bersalin turut menyumbang perkara ini.
Walau berat air telah hilang, anda mungkin akan berterusan mengalami peluh dengan banyak jika anda menyusu bayi. Penyebabnya tidak dikaji atau dapat difahami, tetapi terdapat teori perubahan hormon dan metabolik yang berkaitan dengan penyusuan.
Walaupun peluh selepas bersalin ini adalah normal, tetapi jika diikuti dengan demam, anda mungkin mengalami jangkitan. Ia juga boleh menjadi petanda kepada masalah lain seperti tiroid yang terlebih aktif. Jumpa doktor anda jika anda mendapati anda berpeluh terlalu berlebihan.
Berapa lama peluh ketika pantang akan berakhir?
Ianya akan berlarutan sehingga beberapa minggu selepas bersalin, dan akan lebih panjang bagi wanita yan menyusu bayi
Apa yang boleh anda lakukan?
Jangan kurangkan pengambilan minuman untuk mengurangkan berpeluh. Minum banyak minuman tidak berkafein akan membantu mempercepatkan proses pembuangan air berlebihan dan mengelakkan anda menjadi kekeringan.

Sakit belakang selepas bersalin

Mengapa belakang badan saya sakit selepas bersalin? Sakit belakang selepas bersalin ini disebabkan oleh beberapa faktor. Semasa mengandung, rahim yang membesar menyebabkan otot-otot abdominal anda lemah dan mengubah posisi badan, mengakibatkan tekanan kepada belakang badan anda. Ini akan berterusan sehingga otot-otot perut kuat semula
Sakit belakang selepas bersalin boleh juga disebabkan oleh kesan proses bersalin yang lama. Semasa bersalin, anda mungkin menggunakan otot-otot anda yang biasanya tidak digunakan dan anda akan rasa kesan ini untuk beberapa ketika.
Ramai ibu muda membuatkan sakit belakang semakin teruk menyusu bayi. Ini berlaku kerana anda terlalu fokus memastikan bayi menyusu dengan betul yang akhirnya menyebabkan anda terlebih membongkok ketika duduk, menegangkan leher dan otot-otot bahagian atas belakang anda ketika anda memandang ke bawah.
Kepenatan adan dan tekanan akibat penjagaan bayi anda 24/7 membuatkan sukar untuk pulih dari kesakitan belakang selepas bersalin termasuk sakit belakang. Dan biasanya ibu yang mengalami sakit belakang sebelum atau semasa mengandung akan lebih berisiko untuk mengalami ketika selepas bersalin.
Berapa lamakah ianya akan berakhir?
Adalah biasa mengalami sakit belakang selepas bersalin in untuk beberapa bulan pertama selepas bersalin. Berapa lama kesan ini akan hilang bergantung kepada beberapa faktor seperti sejarah masalah sakit belakang, terlebih berat badan dan berapa cepat anda mula bersenam untuk menguatkan otot-otot abdominal anda.
Apa yang boleh saya buat?
- Berjalan-jalan. Senaman begini dapat membantu mengurangkan sakit belakang dan selamat dilakukan dengan segera selepas bersalin samada bersalin secara normal atau caesarean. Buat secara perlahan-lahan dan sekejab untuk beberapa minggu pertama
- Perhatikan posisi anda dan berdiri tegak. Adalah penting anda duduk tegak ketika menyusu bayi anda samada menyusu botol atau menyusu badan. Jika anda mengalami sakit belakang di bahagian bawah, gunakan kerusi kaki(footstool) untuk memastikan kaki anda lebih tinggi sedikit dari lantai. Pilih kerusi yang selesa yang mempunyai tempat meletak tangan dan gunakan banyak bantal untuk memberikan sokongan kepada belakang dan tangan anda. Belajar cara posisi yang betul ketika menyusu, pastikan anda membawa bayi anda ke payudara bukan sebaliknya. Cuba juga posisi penyusuan yang berbeza. Jika anda mengalami sakit di bahagian bahu atau di bahagian atas belakang, menyusu secara berbaring mengiring mungkin lebih selesa
- Selalu bengkokkan lutut ketika angkat objek atau anak untuk kurangkan tekanan pada belakang anda. Jangan membongkok. Jika objek berat suruh orang lain mengangkatnya(Jika bersalin secara caesarean pastikan anda tidak mengangkat sesuatu yang lebih berat dari bayi anda sekurang-kurangnya sehingga 8 minggu.)
- Berurut. Ini tidak menyebabkan punca kesakitan hilang tetapi dapat membantu anda relax dan melegakan otot-otot dan kesakitan. Jika tidak dapat berurut, minta seseorang untuk mengosok badan anda.
- Mandi air suam untuk kurangkan kerengsaan dan tekanan
- Balut dengan pad pemanas dikawasan berkaitan. (tutup badan anda)
-Apabila anda mula boleh melakukan senaman, mulakan dengan senaman menguatkan belakang dan otot abdominal, dan buat ‘pelvic titts’ sebagai rutin harian anda.
- Perhatikan badan anda. Jika senaman atau aktiviti yang anda lakukan menyebabkan anda kurang selesa, berhenti lakukannya. Jika sakit belakang anda semakin sakit atau anda mula hilang rasa pada kaki, punggung, bahagian kemaluan, usus atau anus atau tiba-tiba tiada koordinasi atau lemah hubungi doktor anda.

Tanda bersalin

Apakah tanda bersalin?
Terdapat empat tanda bersalin iaitu kontraksi, turun darah dan keluar air ketuban. Sebelum itu anda sudah mula alami Braxton Hick, iaitu tanda kontraksi palsu. Ianya semakin kerap frekuensi tetapi tidak tetap. Lendiran daripada vaginal semakin meningkat dan perasaan keibuan anda dapat merasai perlu membuat persiapan dan rasa saat bersalin semakin hampir.
Tanda bersalin – Kontraksi
Kontraksi adalah jangka masa antara otot-otot rahim tegang dan kembali tenang. Otot rahim adalah otot yang paling besar dalam badan wanita. Agak sukar untuk tentukan bila kontraksi sebenar akan berlaku. Rasanya seperti alami kejang atau tegangan atau sakit di belakang yang dibawa ke hadapan. Perut mengeras, jika ditekan akan rasa keras. Tujuan kontraksi ini adalah untuk mengeluarkan bayi dengan cara menegang dan menipis bahagian atas rahim sementara servik dan bahagian bawah rahim meregang dan tenang.
contraction
Kontraksi berlaku dalam sela waktu yang memberi masa untuk ibu dan bayi berehat. Untuk mengira sela waktunya, kontraksi dikira bermula saat datang rasa tegang dan perut mengeras, kemudian tenang dan kemudian datang semula kesakitan. Sela datang semula kesakitan ini adalah jangka untuk kiraan sela berlaku kontraksi
Kontraksi yang berlaku semakin kerap menunjukan tanda akan bersalin. Jika tanda itu hilang, itu hanya tanda palsu.
Tanda kemungkinan kontraksi yang betul.
  • Mungkin pada permulaan tidak tetap kemudian semakin tetap
  • Semakin kuat dan lama kontraksi
  • Bila berbaring rasa sakit itu tidak hilang
  • Mula rasa sakit di belakang kemudian sakit di depan
Jika terdapat tanda-tanda di atas, segera buat pemeriksaan untuk kepastian samada ini tanda bersalin atau tidak.


Pantang Bersalin Mengikut Hari

 
Pantang bersalin adalah amalan baik untuk ibu-ibu. Namun tanpa mengetahui cara dan amalan ang betul,  boleh memudaratkan. Terdapat pelbagai amalan, pastikan dapatkan amalan yang betul dan mereka yang mahir melakukannya 
Tip pantang
Tip pantang bersalin

Carta ringkas ini memudahkan untuk melihat bilakah masa untuk melakukan sesuatu amalan itu. Terdapat juga perbezaan antara bertuam dan bertungku. Begitu juga urutan, tidak boleh dilakukan urutan seperti sengkak dan menekan rahim terlalu awal. Bertangas dimulakan dengan tangas kering dan diikuti dengan tangas basah. Jikamembuat awal dari sepatutnya, mungkin akan timbul kesan yang tidak memuaskan dan punca penyakit wanita.

2 comments: